Skip to content Skip to footer

Lembaga Muzium Negeri Kedah – 001

Persalinan ini ialah baju kebaya berserta sarung bernatar biru. Kebaya dan sarung ini ditelepuk di atas permukaan kain antelas tidak bergerus dan tidak beragi. Motif telepuk pada kebaya disusun atur menjadi corak bunga bertabur, manakala bagi sarung telepuk hanya diletakkan pada bahagian tepi dan kepala kain dan dibiarkan kosong pada bahagian badan kain. Kepala kain dihiasi dengan pucuk rebung, bunga inti dan apit kain bagi melengkapkan rupa bahagian kepala kain. Kondisi persalinan ini berada pada tahap yang baik.

CollectionLembaga Muzium Negeri KedahShare